Panduan Menyeluruh Tentang Selimut Api di Malaysia

Picture1

Pernahkah anda dengar tentang selimut api? Juga dikenali sebagai selimut kebakaran atau ‘fire blanket’, selimut api merupakan satu alat keselamatan yang direka khas untuk memadamkan api.

Alat keselamatan ini amat berkesan dalam menghentikan bekalan oksigen, salah satu komponen segitiga api atau segitiga pembakaran.

Selimut api boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil atau untuk melindungi diri anda dan orang lain dalam keadaan darurat. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut tentang selimut api!

Apa itu Selimut Api?

Selimut api menggunakan fabrik yang diperbuat daripada bahan-bahan tahan atau kalis api. Alat pemadam api ini menggunakan teknik ‘smothering’ untuk mengatasi kebakaran pada peringkat awal.

Secara umumnya, selimut api datang dalam bentuk segi empat dengan pelbagai saiz dan mampu menahan haba sehingga suhu sekitar 550-600 °C.

Di bawah, kami kategorikan selimut api kepada dua kategori, kecil dan besar:

1. Selimut Api Kecil

Selimut api kecil biasanya diperbuat daripada fabrik gentian kaca (‘fibreglass’) yang dianyam atau Kevlar.

Selimut jenis ini sering didapati di dapur dan dilipat dalam peranti pelepasan cepat untuk penyimpanan yang lebih baik.

2. Selimut Api Besar

Manakala, selimut api besar biasanya diperbuat daripada wul atau ‘wool’.

Selimut jenis ini digunakan dalam persekitaran komersial, makmal, dan kilang, dan dipasang dalam almari pelepasan cepat secara menegak untuk akses yang mudah.

LIHAT LAGI: Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran di Malaysia Berfungsi

Kepentingan Selimut Api di Malaysia

Selimut api boleh digunakan di rumah, tempat kerja, atau dalam kenderaan untuk keadaan kecemasan kebakaran.

Alat keselamatan ini sangat berkesan dalam memadamkan kebakaran pada peringkat awal, khususnya apabila api masih kecil dan dapat dikendalikan.

Bukan itu sahaja, selimut api juga boleh digunakan untuk melindungi diri daripada haba dan asap beracun ketika anda perlu melewati kawasan yang terbakar atau melindungi seseorang yang cedera.

Antara kepentingan utama penggunaan selimut api ialah:

  • Menyediakan lapisan perlindungan yang efektif
  • Memadamkan kebakaran awal dengan teknik ‘smothering’
  • Meningkatkan peluang seseorang untuk selamat dalam kebakaran
  • Mudah digunakan tanpa perlu Latihan yang rumit.

Cara Menggunakan Selimut Api dengan Betul dan Selamat

Memahami cara menggunakan selimut api dengan betul, penting untuk meningkatkan kesediaan anda menghadapi risiko serta bahaya kebakaran. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda praktikkan semasa menggunakan selimut api:

1. Tarik Keluar Selimut

Selimut api biasanya disimpan dalam peranti atau almari pelepasan cepat untuk akses segera dalam situasi kecemasan.

Oleh itu, langkah pertama adalah untuk anda tarik keluar tab-tab yang tergantung untuk melepaskan selimut.

2. Lindungi Tangan Anda

Kemudia, jangan lupa untuk lindungi tangan anda dengan menggunakan hujung selimut api demi mengelakkan kecederaan. Jika ada, anda juga boleh menggunakan sarung tangan tahan api untuk perlindungan tambahan.

3. Letakkan Selimut Api Terus di Atas Api

Dengan berhati-hati, letakkan selimut di atas sumber api. Elakkan daripada melemparkan atau membaling selimut, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan kepada anda dan orang di sekeliling anda.

Sebaliknya, mulakan dengan bahagian api yang paling dekat dengan anda dan perlahan-lahan gerakkan selimut ke dalam.

4. Biarkan Selimut Selama Sekurang-kurangnya 15 Minit

Biarkan selimut di atas sumber api sehingga api padam sepenuhnya. Hal ini selalunya mengambil masa kira-kira 15 hingga 30 minit. Selain itu, elakkan menyentuh selimut sehingga haba telah berkurang.

5. Hubungi BOMBA

Jika anda memerlukan bantuan kecemasan yang lebih lanjut, jangan ragu untuk menghubungi BOMBA. Sentiasa minta bantuan profesional untuk memastikan tidak ada bara api yang boleh menyebabkan kebakaran sekali lagi.

LIHAT LAGI: Pili Bomba: Apakah Perbezaan Antara Warna Merah dan Kuning

Selimut Api: Masih Perlukah Saya Mempunyai Pemadam Api?

Ya, anda masih perlu menyediakan pemadam api walaupun anda sudah mempunyai selimut api.

Hal ini kerana, selimut api hanya berkesan untuk kebakaran kecil dan tidak mampu memadam kebakaran yang telah merebak.

Malah, ia mungkin berbahaya untuk anda menggunakan selimut api untuk kebakaran besar, kerana ia memerlukan anda untuk meletakkanya tepat di atas api.

Dalam kes ini, anda sewajarnya menggunakan selimut api untuk perlindungan peribadi dengan melilitkannya di badan anda untuk mengurangkan risiko kecederaan.

Demi memastikan keselamatan kebakaran yang optimum, langkah terbaik yang boleh anda ambil ialah untuk menyediakan selimut api, pemadam api, serta sistem perlindungan kebakaran yang lain seperti sistem penggera, sistem pemercik api, dan sistem pili bomba.

Perlu diingatkan bahawa, setiap jenis pemadam api mempunyai tujuan tertentu yang khusus. Jadi, pilihlah alat pemadam api yang sesuai dengan keperluan anda.

Sistem Perlindungan Kebakaran yang Boleh Dipercayai

Di Palcon, kami menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan perlindungan kebakaran yang komprehensif, termasuk sistem pengesan kebakaran, sistem hos kebakaran, pintu rintangan api, dan banyak lagi.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.