Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Kereta Terbakar?

Kereta Terbakar

Di Malaysia, sering kali kes kereta terbakar dipaparkan di akhbar terutamanya sewaktu perayaan. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memahami sebab dan langkah keselamatan yang boleh anda praktikkan.

Semestinya, kes kereta terbakar tidak boleh dipandang ringan. Hal ini bukan sahaja boleh merosakkan kereta, malah turut membahayakan nyawa anda dan orang sekililing. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Punca Utama Kereta Terbakar

Terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan kereta terbakar, antaranya:

  • Enjin Yang Terlampau Panas (Overheating)

Overheating adalah antara punca utama kebakaran kereta dan perkara ini boleh dielakkan dengan penyelenggaraan kereta berkala. Masalah ini sinonim dengan kereta lama dan acapkali disebabkan oleh kerosakan relay, radiator, atau pam air (water pump) kereta.

  • Kebocoran Bahan Api Kereta

Umum mengetahui bahawa bahan api seperti diesel atau petrol ialah bahan mudah terbakar. Saluran bahan bakar dan sistem suntikan bahan api (fuel injection) yang tidak diselenggara rapi adalah antara penyebab kebakaran daripada bahan api kereta.

  • Menyimpan Barangan Berbahaya Di Dalam Kereta

Sesetengah pemilik kereta tidak sedar akan risiko menyimpan barangan berbahaya atau barangan mudah terbakar di dalam kereta. Antara barangan yang tidak patut ditinggalkan di dalam kereta ialah:

  • Pemetik api
  • Tin aerosol (deodoran, penyembur rambut, pewangi semburan, dan sebagainya)
  • Peralatan elektrik (powerbank, tablet, vape, telefon bimbit, dan sebagainya)
  • Botol plastik
  • Kegagalan Sistem Elektrik Kereta

Contoh kegagalan sistem elektrik adalah kerosakan mentol lampu, bateri, dan kabel pengecaj (starter cable) kereta. Kerosakan salah satu alatan berikut bukan sahaja mampu menyebabkan kebakaran, tetapi juga boleh mengakibatkan kereta meletup.

  • Pemasangan Aksesori Kereta

Walaupun lebih murah daripada mendapatkan servis profesional, pemasangan aksesori kereta oleh amatur mempunyai risiko tinggi. Pemasangan aksesori seperti dashcam yang tidak mengikut piawaian boleh menyebabkan litar pintas dan seterusnya kebakaran.

LIHAT LAGI: Pili Bomba: Apakah Perbezaan Antara Warna Merah dan Kuning

Langkah Yang Perlu Diambil Sekiranya Kereta Terbakar

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Jika kereta yang anda pandu terbakar, cuba untuk kekal tenang. Di sini, kami senaraikan langkah yang boleh anda praktikkan sekiranya kereta terbakar:

  1. Berhentikan kereta di tepi jalan. Jika kereta anda bergerak, ini mampu mengakibatkan kebakaran makin marak kerana terdapat lebih banyak oksigen dibekalkan.
  2. Matikan enjin kereta untuk elakkan sistem pembakaran enjin terus berjalan. Pastikan handbrake ditarik dan gear berada dalam keadaan P.
  3. Tanggalkan tali pinggang keledar kereta dan buka pintu atau tingkap kereta. Selamatkan diri dan penumpang lain jika ada.
  4. Elakkan menyedut asap berbahaya dengan menutup mulut dan hidup.
  5. Jauhkan diri daripada kereta sekurang-kurangnya 30 meter.
  6. Hubungi talian kecemasan.
  7. Jika api belum marak dan anda dapat mengenal pasti sumber api, gunakan alat pemadam api jenis serbuk kering (dry powder) untuk memadamkan api.

Jenis Pemadam Api Yang Sesuai Untuk Kereta

Pemadam api merupakan salah satu komponen sistem perlindungan kebakaran yang sewajarnya ada dalam kereta anda. Tetapi, pastikan jenis pemadam api tersebut sesuai dengan kelas kebakaran. Anda digalakkan untuk menyimpan alat pemadam api 1KG jenis serbuk kering di dalam kereta.

Kebiasaannya, alat pemadam api boleh bertahan selama 10 tahun. Namun begitu, jika alat pemadam api tersebut telah digunakan walaupun hanya sekejap, alat tersebut perlu diservis dan diisi semula oleh competent person atau kontraktor yang bertauliah.

Seterusnya, anda disarankan untuk menservis alat pemadam api setahun sekali mengikut tarikh luput lesen bomba pemadam api menurut Electronic Fire Extinguisher Inspection System (eFEIS). Anda juga digalakkan untuk menyimpan pemadam api tersebut di bawah tempat duduk penumpang hadapan. Hal ini dapat memudahkan anda untuk mengambil alat tersebut semasa kecemasan.

Keperluan Mempunyai Alat Pemadam Api Untuk Kenderaan “E-Hailing”

Demi meletakkan posisi pemandu e-hailing sebagai penyedia kenderaan perkhidmatan awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan beberapa garis panduan sama seperti yang perlu dipatuhi oleh pemandu teksi bermula 12 Julai 2019.

JPJ telah mengumumkan bahawa semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen PSV dan menyediakan alat pemadam api 1KG jenis serbuk kering atau karbon dioksida di dalam kenderaan. Selain itu, kenderaan yang boleh memuatkan 8 penumpang ke atas perlu dilengkapi dengan kit bantuan kecemasan (first aid kit).

LIHAT LAGI: Pili Bomba: Apakah Perbezaan Antara Warna Merah dan Kuning

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Dengan Betul

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Semasa menggunakan alat pemadam api, pastikan tong berada dalam keadaan tegak.
  2. Elakkan berdiri terlampau dekat dengan punca api dan kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter dari punca api.
  3. Kenal pasti arah angin dan pastikan anda tidak melawan arah angin.
  4. Cabutkan pin di bahagian pemegang dan halakan nosel ke pangkal (base) api.
  5. Tekan tuil (lever) di bahagian atas untuk mengeluarkan kandungan alat pemadam api.
  6. Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan. Ulang langkah ini sehingga api padam sepenuhnya.

Dapatkan Alat Pemadam Api Untuk Kenderaan Anda

Palcon menyediakan alat pemadam api pelbagai jenis untuk menepati keperluan keselamatan kebakaran anda. Jangan risau, semua alat pemadam api telah diuji oleh pakar dan mempunyai lesen bomba (barcode sticker). Layari laman web Palcon dan teroka perkhidmatan perlindungan kebakaran kami yang komprehensif.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.