Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran di Malaysia Berfungsi

Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran di Malaysia Berfungsi

Sistem pengesan kebakaran ialah satu komponen yang amat diperlukan dalam infrastruktur bangunan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, ia mampu membantu anda memantau keadaan bangunan tersebut serta mencegah api dari menjadi lebih marak.

Mungkin, ada antara anda yang kurang tahu tentang sistem pengesan kebakaran. Jika begitu, jangan bimbang! Mari bersama kami bincangkan sistem pengesan yang memainkan peranan penting dalam melindungi bangunan anda.

Definisi Sistem Pengesan Kebakaran

Definisi Sistem Pengesan Kebakaran

Sistem pengesan kebakaran merangkumi pelbagai alat pencegah kebakaran yang bekerjasama untuk mengesan kebakaran di peringkat awal. Tujuan utama pemasangan adalah untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai kebakaran yang berlaku.

Dengan adanya sistem ini, maklumat tentang kebakaran dapat disampaikan dengan pantas, seterusnya memudahkan penghuni untuk melakukan pengungsian bangunan. Oleh itu, insiden tidak diingini seperti kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dapat dikurangkan dengan efisien.

Sistem ini boleh disambungkan ke sistem penggera supaya isyarat dapat dihantar ke panel penggera kebakaran di balai bomba berdekatan. Perkara ini turut mempercepatkan masa respon sewaktu kecemasan serta membolehkan pihak bomba menjalankan tindakan selanjutnya secara serta-merta.

Bukan itu sahaja, sistem pengesan kebakaran juga boleh diintegrasikan dengan sistem pemadam kebakaran misalnya pemercik api, supaya agen pemadam dapat dilepaskan. Gabungan dua sistem ini membolehkan usaha memadamkan kebakaran dilaksanakan tanpa berlengah.

LIHAT LAGI: 5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja dan Tips Pencegahan

Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran Berfungsi

Sistem pengesan kebakaran tergolong dalam sistem perlindungan aktif kebakaran kerana ia mencegah, mengawal serta memadam kebakaran. Berikut merupakan tiga alat pengesan berbeza yang perlu anda tahu:

1. Pengesan Asap

Pengesan asap sesuai untuk mengesan api yang menghasilkan asap yang banyak. Alat ini berbentuk bulat dan mempunyai lubang-lubang kecil yang membenarkan asap untuk masuk ke dalamnya.

Kebiasaannya, alat ini diletakkan di siling bangunan. Sejurus sahaja asap dikesan, alat ini akan memberi isyarat ke sistem penggera dan penggera akan dibunyikan.

2. Pengesan Haba

Pengesan haba boleh mengesan api pada fasa nyalaan. Hal ini demikian kerana, alat ini direka khas untuk mengesan kebakaran di peringkat awal dengan mengenal pasti kenaikan suhu haba dalam bangunan.

Sekiranya terdapat kenaikan suhu tinggi dikesan, alat ini akan menghantar isyarat ke sistem penggera, mengakibatkan penggera berbunyi secara automatik.

3. Pengesan Nyalaan

Pengesan nyalaan pula sering digunakan untuk mengesan kebakaran yang mempunyai nyalaan api yang kuat. Alat ini mempunyai sensor yang sensitif terhadap nyalaan api.

Apabila nyalaan (inframerah atau ultraungu) dikesan, sensor akan bertindak balas dan menghantar isyarat ke sistem penggera lalu membunyikan penggera.

Jenis Alat Pengesan Kebakaran

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis alat pengesan kebakaran yang popular dan sering digunakan di Malaysia.

Alat PengesanJenis
Pengesan AsapPengesan Asap Pengionan (Ionisation Smoke Detector)Pengesan Asap Optik (Optical Smoke Detector)Pengesan Asap Aspirasi (Aspirating Smoke Detector)Pengesan Alur (Beam Detector)
Pengesan HabaPengesan Haba Kadar Kenaikan Suhu (RateofRise Temperature Heat Detector)Pengesan Haba Suhu Tetap (Fixed Temperature Heat Detector)Pengesan Linear (Linear/Line Detector)
Pengesan NyalaanPengesan Nyalaan Inframerah (Infra-Red Flame Detector)Pengesan Nyalaan Ultraungu (Ultra-Violet Flame Detector)

LIHAT LAGI: 5 Risiko Kebakaran Yang Dihadapi Oleh Perniagaan Di Malaysia

Sistem Pengesan Kebakaran Profesional di Malaysia

Di Palcon, kami senantiasa berusaha untuk memberikan perlindungan kebakaran yang terbaik buat pelanggan kami. Kami menawarkan sistem pengesan kebakaran yang direka khas untuk memberikan anda perlindungan maksimum.

Tidak tahu produk atau perkhidmatan apa yang sesuai untuk anda? Kunjungi laman web kami atau hubungi pasukan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.