Panduan Zon Keselamatan Kebakaran Di Malaysia

Picture1

Zon keselamatan kebakaran, atau dikenali juga sebagai tempat berkumpul, merupakan bahagian penting dalam proses pengungsian bangunan.

Berikutan garis panduan oleh pihak BOMBA, setiap premis awam perlu menyediakan tempat berkumpul bagi persediaan jika berlaku kecemasan.

Oleh itu, teruskan membaca untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang zon keselamatan kebakaran di Malaysia supaya anda boleh lebih bersedia ketika kebakaran.

Apakah Zon Keselamatan Kebakaran?

Zon keselamatan kebakaran adalah kawasan yang ditetapkan sebagai tempat selamat semasa berlaku kebakaran. Ketika pengungsian bangunan sedang dijalankan, semua penghuni perlu berkumpul di kawasan ini untuk menunggu arahan seterusnya.

Hal ini bagi memudahkan proses pengiraan supaya pengawai keselamatan yang telah dilantik dapat memastikan setiap penghuni bangunan telah selamat keluar.

Zon keselamatan kebakaran biasanya dilabel mengunakan papan tanda berwarna hijau dengan tulisan ‘Tempat berkumpul semasa kecemasan’ atau ‘Emergency assembly point’.

Namun, penting untuk anda tahu bahawa walaupun kawasan ini telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul dalam keadaan kecemasan, ia masih boleh digunakan untuk aktiviti harian.

Misalnya, zon keselamatan kebakaran juga seringkali berfungsi sebagai tempat letak kereta, gelanggang sukan, atau tempat acara serbaguna.

Lihat Lagi: 6 Elemen Asas Sistem Pencegah Kebakaran di Malaysia

Ciri-ciri Zon Keselamatan Kebakaran

Tempat berkumpul perlu dipilih dengan teliti supaya keselamatan individu-individu terlibat terus terjaga selepas pengungsian bangunan. Berikut adalah ciri-ciri zon keselamatan kebakaran yang perlu dipatuhi:

1. Lokasi

Tempat berkumpul patut berada di kawasan yang luas dan berlawanan dengan arah angin dari bangunan.

Ini untuk mengelakkan asap atau sebarang serpihan yang mungkin dibawa oleh angin semasa kebakaran atau letupan ditiup ke arah tempat berkumpul.

Kawasan tersebut juga harus berada pada jarak yang selamat dan dekat dengan laluan akses untuk memudahkan pungungsian menggunakan kenderaan jika perlu.

Selain itu, kawasan tersebut harus berada pada jarak yang sesuai dari tempat petugas kecemasan akan berada, supaya tidak mengganggu operasi mereka.

2. Mudah Dilihat

Zon keselamatan kebakaran harus berada di lokasi dimana bangunan jelas dilihat untuk memberi keterangan kepada pihak pegawai keselamatan.

Hal ini bermakna zon tersebut harus mudah dikenali serta tidak boleh tersembunyi atau terhalang oleh struktur bangunan lain atau objek semula jadi seperti pokok. Penggunaan papan tanda dapat membantu meningkatkan kebolehlihatan.

3. Keselamatan

Kawasan tersebut harus jauh dari faktor risiko sekunder, seperti:

  • Tong sampah
  • Saluran gas utama
  • Wayar voltan tinggi
  • Penutup akses saluran utama

Elemen-elemen ini berpotensi menyebabkan komplikasi tambahan semasa kecemasan. Kawan ini juga harus mengelakkan struktur yang berisiko runtuh akibat letupan atau kerosakan bangunan lain. Hal ini termasuk struktur yang tidak stabil atau yang dalam keadaan buruk.

4. Mudah Diakses

Semua bangunan mesti mempunyai pintu keluar kecemasan yang jelas ditanda. Pintu keluar tersebut tidak boleh ada halangan yang menghalang, dan harus cukup lebar untuk menampung sejumlah besar orang sekaligus.

Pintu keluar mesti dapat diakses oleh semua orang, termasuk mereka yang kurang upaya, dan harus mengarah ke tempat berkumpul di luar bangunan.

5. Komunikasi

Zon keselamatan kebakaran tidak boleh berada di kawasan di mana komunikasi terjejas atau tidak dapat diakses.

Kawasan tersebut harus mempunyai penerimaan selular yang baik dan berada dalam jangkauan interkom BOMBA jika ada. Hal ini akan membolehkan komunikasi yang berkesan antara penghuni bangunan dan pegawai kecemasan.

6. Pertimbangan Khas

Jangan lupa untuk mempertimbangkan mereka yang mempunyai masalah pendengaran, mobiliti, dan kecacatan perkembangan, yang mungkin memerlukan keperluan khas.

Zon keselamatan kebakaran dan proses pengungsian perlu lebih inklusif supaya mereka juga dapat mengatasi keadaan darurat dengan selamat.

Lihat Lagi: Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran di Malaysia Berfungsi

Fahami Lebih Mendalam Tentang Keselamatan Kebakaran Bersama Palcon

Kesimpulannya, tempat berkumpul adalah penting untuk memastikan pelan pengungsian berjalan dengan lancar.

Jika anda berminat untuk mengetahui denagan lebih mendalam tentang prosedur ketika kecemasan, Palcon menyediakan latihan keselamatan kebakaran yang menyeluruh.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.