5 Risiko Kebakaran Yang Dihadapi Oleh Perniagaan Di Malaysia

5 Risiko Kebakaran Yang Dihadapi Oleh Perniagaan Di Malaysia

Perniagaan dan risiko berpisah tiada. Semestinya, terdapat pelbagai risiko, terutamanya risiko kebakaran di Malaysia yang mampu mempengaruhi, menghentikan atau melambatkan kejayaan sebuah perniagaan.

Malah, kebanyakan perniagaan mempunyai pemahaman asas tentang sumber risiko kebakaran di premis perniagaan. Rata-rata pemilik perniagaan tahu mengenai risiko kebakaran, namun, ini hanyalah langkah permulaan.

Ternyata, pencegahan risiko kebakaran bukan sahaja memerlukan kesedaran, tetapi juga tindakan yang sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab. Memandang enteng tentang penjagaan sistem pencegahan dan peralatan keselamatan kebakaran boleh menyebabkan risiko kebakaran semakin parah.

5 Risiko Kebakaran di Malaysia Yang Sering Diperhatikan

5 Risiko Kebakaran di Malaysia Yang Sering Diperhatikan

Penting untuk pemilik perniagaan meneliti perkara ini untuk merangka strategi efektif yang dapat meningkatkan keselamatan kebakaran di premis perniagaan mereka. Berikut merupakan 5 risiko kebakaran di Malaysia yang selalu dihadapi:

1. Tidak Menyelenggara Peralatan Keselamatan Kebakaran

Tindakan memasang peralatan keselamatan kebakaran seperti alat pemadam api dan sistem penggera kebakaran lalu mengabaikan peralatan tersebut boleh mengundang risiko kebakaran yang besar.

Pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala amat digalakkan kerana ia memastikan premis anda selari dengan peraturan-peraturan terkini. Ia juga memastikan anda boleh bergantung dengan peranti pencegah kebakaran anda pada saat kecemasan.

2. Mengabaikan Keperluan Bangunan Yang Telah Ditetapkan

Mengabaikan Keperluan Bangunan Yang Telah Ditetapkan

Lain jenis perniagaan, lain keperluan infrastrukturnya. Contohnya, bangunan tinggi membawa risiko kebakaran yang lebih berbahaya berbanding dengan bangunan yang lebih rendah.

Oleh itu, setiap bangunan mempunyai kod dan piawaian keselamatan kebakaran berbeza yang telah ditetapkan oleh pihak BOMBA demi memastikan kesejahteraan semua penduduk bangunan.

LIHAT LAGI: Memahami Keperluan BOMBA Untuk Bangunan Anda

3. Tidak Melaksanakan Latihan Kebakaran

Wajib untuk setiap pekerja mengetahui bagaimana untuk bertindak pada masa getir, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku bencana kebakaran. Oleh itu, semua staf perlu cakna tentang prosedur pengungsian bangunan, cara mengendalikan alat pemadam api, dan sebagainya.

Untuk mencegah risiko kebakaran, pemilik perniagaan sewajarnya menjalankan sesi latihan keselamatan kebakaran yang komprehensif sekurang-kurangnya setahun sekali di tempat kerja. Latihan yang efektif mampu mengurangkan kebarangkalian kebakaran serta menjamin keselamatan para pekerja.

LIHAT LAGI: Kurangkan Risiko Kebakaran Dengan Latihan Kebakaran Efektif

4. Penyalahgunaan Peralatan Elektrik dan Elektronik

Pada era perniagaan digital ini, peralatan elektrik dan elektronik seperti komputer, komputer riba, pelayan dan peranti lain sentiasa digunakan.

Penggunaan elektrik secara berlebihan serta penyambungan terlampau banyak alat pada satu soket adalah kesilapan yang biasa dilakukan di tempat kerja. Hal ini kemudiannya boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.

LIHAT LAGI: 10 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diikuti Ketika Menggunakan Peralatan Elektrik di Tempat Kerja

5. Tidak Memeriksa Sistem Pemercik Secara Berkala

Tidak Memeriksa Sistem Pemercik Secara Berkala

Sistem pemercik merupakan satu aspek penting dalam langkah pencegahan kebakaran. Sistem ini tertakluk kepada kos, piawaian, dan penjadualan pemeriksaan penyelenggaraan yang tertentu.

Oleh itu, pembiaran sistem pemercik anda dalam keadaan tidak aktif tanpa sebarang pemeriksaan dan penyelenggaraan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem. Saluran paip serta tangki pemercik juga perlu berada dalam keadaan baik, dan segala operasi pemeriksaan ini perlu dilaksanakan oleh organisasi yang bertauliah.

Harus diingatkan bahawa pemastian keselamatan kebakaran di tempat kerja adalah satu bentuk tanggungjawab berterusan yang memerlukan strategi yang holistik. Demi menangani risiko kebakaran, anda perlu mempunyai pemahaman yang menyeluruh dan melakukan persiapan awal untuk mencegah kejadian yang tidak diingini. Di Palcon, kami bersedia untuk membantu anda. Kami menawarkan variasi perkhidmatan perlindungan kebakaran untuk kes

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.