5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja dan Tips Pencegahan

5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja dan Tips Pencegahan

Umum mengetahui bahawa kebakaran di tempat kerja bukan perkara remeh. Kebakaran mampu menyebabkan kemusnahan harta benda serta boleh meragut nyawa. Oleh itu, penting untuk semua pekerja tahu dan faham tentang punca kebakaran.

Teruskan membaca untuk mengetahui 5 punca kebakaran di tempat kerja dan bagaimana anda mampu mencegahnya.

Punca Kebakaran di Tempat Kerja

1. Masalah peralatan elektrik

Wayar yang longgar, litar elektrik yang terbeban, dan masalah pendawaian elektrik, boleh mengakibatkan kebakaran elektrik yang serius. Kebakaran elektrik bukan satu perkara asing di Malaysia kerana ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuk pejabat, bengkel, dan gudang.

2. Kurang pendedahan mengenai pencegahan kebakaran

Pekerja perlu didedahkan tentang punca kebakaran, langkah-langkah pencegahan, serta prosedur semasa kebakaran. Seperti yang telah ditetapkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di dalam Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja, pihak majikan perlu memastikan keselamatan pekerja terjaga. Hal ini termasuk menjalankan latihan kebakaran secara kerap.

3. Pengendalian bahan mudah terbakar yang tidak efisien

Pengendalian dan penyimpanan bahan mudah terbakar yang tidak sesuai membawa risiko kebakaran yang besar. Sebagai contoh, telah berlaku kebakaran dan letupan di sebuah kilang di Malaysia. Tragedi tersebut disebabkan oleh limpahan bahan kimia mudah terbakar dan akibatnya, mengorbankan satu nyawa.

4. Kecuaian manusia

Bilangan pekerja yang ramai di satu tempat kerja menjadikan kecuaian manusia sebagai salah satu faktor utama kebakaran. Sebagai contoh, menggunakan peralatan dengan salah atau tidak melaporkan peralatan yang rosak. Selain itu, membuang puntung rokok secara sembarangan juga menyumbang kepada kes kebakaran.

5. Kurang peralatan pencegahan kebakaran

Pencegahan adalah kunci utama kurangi risiko kebakaran. Untuk memastikan pencegahan yang berkesan dan menyeluruh, anda perlu menyediakan peralatan pencegahan kebakaran yang lengkap. Perkara ini termasuk alat pengesan asap, pemadam api, sistem penggera kebakaran dan lain-lain.

Kurang peralatan pencegahan kebakaran

Tips Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja

Tidak dinafikan, malang tidak berbau. Namun demikian, sesetengah kebakaran mampu dicegah sekiranya anda mengambil langkah berjaga-jaga yang betul.

Berikut merupakan antara tips pencegahan kebakaran di tempat kerja:

  • Pasang alat pengesan asap di setiap tingkat bangunan. Antara kawasan yang disyorkan ialah pada siling ruang kerja, di dalam kurungan tangga, dan pantri.
  • Tampal pelan lantai dan laluan kecemasan dengan tanda “EXIT”. Pastikan semua pekerja peka dan tahu menggunakan laluan tersebut.
  • Sediakan sekurang-kurangnya satu pemadam api yang bersesuaian di setiap tingkat bangunan.
  • Laksanakan latihan kebakaran dengan bantuan pihak bomba sebagai persediaan awal.
  • Simpan bahan mudah terbakar seperti cecair bahan api di tempat yang selamat dan jauh dari punca api.
  • Periksa pendawaian elektrik dan pastikan ia selamat sebelum memasang apa-apa peranti ke dalam ‘outlet’. Elakkan juga pembebanan litar elektrik atau penyambungan yang berlebihan.
  • Sediakan zon merokok khas berserta tong sampah yang sesuai di luar bangunan untuk mereka yang merokok. Puntung rokok yang tidak dipadamkan sepenuhnya boleh menyebabkan kebakaran besar.

Kini, anda telah arif tentang punca kebakaran di tempat kerja dan cara-cara untuk mencegah kebakaran dengan efektif. Jangan lupa untuk amalkan tips di atas untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.

Palcon menyediakan pelbagai peralatan dan servis pencegahan kebakaran yang sesuai untuk tempat kerja anda. Layari laman web rasmi Palcon untuk tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Anda juga boleh ajukan soalan kepada kami melalui borang yang disediakan.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.