Pemeriksaan alat pemadam api di Malaysia merupakan satu perkara yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi jika hendak menggunakan peralatan tersebut pada saat kecemasan.
Menurut Seksyen 29 (5) dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), adalah wajib bagi pemilik perniagaan untuk melengkapkan lot kedai/bangunan mereka dengan peralatan keselamatan kebakaran dan memastikan peralatan terebut diselenggara setiap tahun.
Kini, sudah terang tentang keperluan penyelenggaraan alat pemadam api. Lantas, mari kita bincangkan kepentingannya tanpa berlengah lagi.
Kepentingan Pemeriksaan Alat Pemadam Api
Umum mengetahui tentang kepentingan menyediakan alat pemadam api di tempat kerja untuk mengurangkan risiko kebakaran. Alat pemadam api juga penting untuk mengelak api kebakaran menjadi lebih marak.
LIHAT LAGI: 5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja dan Tips Pencegahan
Namun begitu, mungkin ramai pemilik perniagaan yang tidak tahu akan kepentingan untuk memeriksa peralatan ini. Antara kepentingan utama sesi penyelenggaraan adalah untuk:
Kenalpasti sebarang tanda kerosakan pada silinder alat pemadam api.
Kakisan atau kerosakan boleh berlaku di bahagian dalam alat pemadam api. Hal ini seterusnya boleh melemahkan integriti silinder dalam jangka masa panjang.
Elakkan risiko hos tersumbat.
- Hos yang tersumbat mampu mengakibatkan masalah besar kerana perkara ini akan menjejaskan fungsi alat pemadam api. Bukan itu sahaja, cincin-O pada hos juga boleh rosak dan menyebabkan alat pemadam api tidak dapat berfungsi dengan baik.
Periksa tolok tekanan.
- Bagi setiap alat pemadam api, terdapat meter tekanan yang membantu pakar untuk memeriksa keadaan agen pemadam. Penunjuk meter perlu berada di kawasan hijau supaya alat pemadam api dapat digunakan dan agen pemadam dapat disebar dengan berkesan.
Isi semula kandungan alat pemadam api.
- Sesetengah alat pemadam api mungkin memerlukan pengisian semula. Agen pemadam dalam alat pemadam api memerlukan pengisian semula selepas setiap penggunaan untuk mengawal api dengan baik jika berlakunya insiden kebakaran.
Pastikan alat mendapat perakuan BOMBA.
- Setiap perniagaan dikehendaki untuk memperbaharui lesen BOMBA bagi semua alat pemadam api yang terdapat di premis mereka. Oleh itu, pemeriksaan perlu dilakukan untuk menjamin pengurusan alat pemadam api yang sewajarnya.
Prosedur Pemeriksaan Alat Pemadam Api
Berikut merupakan antara prosedur yang perlu dilaksanakan:
- Pastikan alat berada di tempat yang betul, senang dilihat, dan mudah untuk diakses.
- Periksa tag servis dan rekodkan tarikh pemeriksaan dijalankan.
- Semak sama ada terdapat sebarang kakisan atau kerosakan di dalam silinder.
- Pastikan alat pemadam api tidak berkarat dan periksa kerosakan pada bahagian luar alat.
- Periksa sama ada pin tarik, pemegang, dan tuil boleh berfungsi dengan sempurna.
- Sahkan bahawa tolok tekanan tidak rosak dan penunjuk berada di kawasan hijau.
- Semak kandungan dan isi semula agen pemadam jika perlu.
- Pastikan hos tidak tersumbat dan alat pemadam api tidak bocor.
Demi keselamatan nyawa dan harta benda, pastikan penyelenggaraan perkakasan kebakaran yang menyeluruh dilakukan oleh pihak yang bertauliah. Di samping itu, penting juga untuk pemilik perniagaan memastikan bahawa jenis alat pemadam api yang disediakan adalah bersesuaian dengan jenis kelas kebakaran.
LIHAT LAGI: 6 Jenis Pemadam Api untuk Kelas Kebakaran Berbeza
Laksanakan Pemeriksaan Alat Pemadam Api Bersama Palcon
Sebagai kontraktor kebakaran yang berdaftar, kami menawarkan pelbagai alat pemadam api yang bersesuaian serta perkhidmatan penyelenggaraan untuk perniagaan anda. Kami memastikan sistem keselamatan kebakaran anda senantiasa berada dalam keadaan yang efisien, efektif, dan berkualiti.