Kepentingan Pelan Tindakan Kecemasan di Tempat Kerja

Kepentingan Pelan Tindakan Kecemasan di Tempat Kerja

Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. Benarlah bahawa api yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan serius serta mampu menyebabkan kehilangan nyawa yang berharga. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan di tempat kerja.

Sebagai majikan, anda perlu bersiap siaga untuk bertindak terhadap sebarang kejadian bencana atau kecemasan yang dapat menjejaskan aset dan pekerja anda. Pelan Tindakan Kecemasan mampu mencegah serta menghalang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Tanpa berlengah lagi, mari kita bincangkan faedah dan cara menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan.

Kepentingan Pelan Tindakan Kecemasan

Pelan yang efektif mampu membantu:

Mengawal keadaan kecemasan atau bencana

Pelan Tindakan Kecemasan memainkan peranan penting untuk menghalang keadaan daripada menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, ia mampu mencegah kebakaran peringkat awal (infant stage) daripada merebak ke peringkat yang tidak terkawal (uncontrollable stage). Pendek kata, ia membolehkan tindakan diambil dengan lebih terancang, jelas dan berkesan.

Mengurangkan kadar kerosakan harta benda

Kadang kala, kerosakan tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Pelan Tindakan Kecemasan mampu menangani kesan bencana dengan mampan. Hal ini mampu membantu mengurangkan kos proses pemulihan pascabencana seperti usaha-usaha pembaikan dan pembangunan.

Menghindari pekerja daripada kecederaan teruk

Kewujudan pelan yang dirancang rapi membolehkan pekerja untuk bertindak dengan selamat, pantas, dan tenang sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Ia juga membantu pekerja untuk menggunakan peralatan kecemasan seperti pemadam api dengan betul. Selain itu, mereka juga dapat mengosongkan premis dengan teratur, lalu mengurangkan risiko kecederaan secara holistik.

Bagaimana untuk Membangunkan Pelan Tindakan Kecemasan?

Untuk menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan, anda perlu cakna perkara-perkara di bawah:

Jenis Keadaan

Pertama sekali, anda perlu tahu tentang jenis keadaan yang dianggap sebagai kecemasan atau bencana. Antara keadaan yang memerlukan tindakan pantas pengungsian bangunan (building evacuation) adalah:

  • Kebakaran
  • Letupan
  • Tumpahan atau kebocoran bahan kimia berbahaya
  • Banjir
  • Ancaman bom
  • Gempa bumi
  • Terperangkap di dalam lif

Laluan Kecemasan

Laluan Kecemasan

Kemudian, anda mesti menyediakan laluan kecemasan dengan syarat-syarat tersebut:

  • Semua pekerja mesti peka dan tahu menggunakan laluan tersebut.
  • Ada pelan lantai dan laluan kecemasan dengan tanda “EXIT” yang jelas.
  • Laluan tersebut tidak boleh mendedahkan pekerja kepada bahaya.
  • Pintu laluan kecemasan tidak boleh dikunci atau dihalang oleh apa-apa objek.

 Agensi

Seterusnya, anda wajib kenal pasti agensi yang patut dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Antara agensi penting adalah:

  • BOMBA
  • Polis
  • Hospital

Struktur Organisasi

Anda juga perlu menubuhkan struktur organisasi khusus di tempat kerja. Lihat contoh struktur organisasi di bawah:

Struktur Organisasi

Prosedur

Seterusnya, anda mesti mewujudkan prosedur yang teratur dan tidak berubah-ubah berdasarkan jenis kecemasan atau bencana yang telah disenaraikan di atas.

Latihan Praktikal

Akhir sekali, anda perlu menjalankan latihan secara teori dan praktikal. Pastikan semua pekerja faham tentang alat-alat pencegah kecemasan seperti alat pengesan asap. Pekerja juga harus tahu tentang tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.

Pembekal Peralatan Pencegahan Kebakaran Terbaik di Malaysia

Palcon menyediakan perlindungan yang menyeluruh daripada kebakaran sejak tahun 1973. Kami berusaha untuk memberikan jalan penyelesaian yang berkesan menggunakan variasi peralatan serta perkhidmatan pencegahan kebakaran yang sesuai untuk tempat kerja anda.

Layari laman web rasmi Palcon untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Anda juga boleh hubungi kami dengan menghantar pertanyaan melalui borang yang disediakan.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.