Pembaharuan lesen bomba untuk pemadam api adalah aspek kritikal dalam mengekalkan keselamatan premis di Malaysia, terutamanya dalam konteks pematuhan undang-undang dan kesediaan menghadapi kecemasan.
Lesen bomba untuk pemadam api merupakan sebuah perakuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Lesen ini adalah bukti pemeriksaan menyeluruh dan kelulusan alat pemadam api.
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang lesen bomba untuk pemadam api dan kepentingan pembaharuan lesen ini di Malaysia.
Apa Itu Lesen Bomba untuk Pemadam Api?
Lesen bomba pemadam api berfungsi sebagai sijil keselamatan yang dilekatkan pada alat pemadam api bagi menunjukkan pemeriksaan dan kelulusannya oleh JBPM.
Pelekat ini adalah formaliti dan jaminan bahawa alat pemadam api anda telah memenuhi piawaian keselamatan dan sedia untuk digunakan semasa kecemasan.
Proses pemeriksaan pemadam api yang teliti oleh pegawai JBPM yang berkelayakan diperlukan untuk mendapatkan lesen ini. Objektif utamanya adalah untuk memastikan setiap alat pemadam yang diperakui memenuhi keperluan keselamatan JBPM.
Lihat Lagi: 5 Risiko Kebakaran Yang Dihadapi Oleh Perniagaan Di Malaysia
Kenapa Lesen Bomba untuk Pemadam Api Perlu Diperbaharui
Pembaharuan lesen bomba pemadam api amat penting dalam perniagaan, terutamanya bagi pemilik bangunan. Jika lesen bomba gagal diperbaharui, mereka mungkin berhadapan dengan masalah apabila pihak bomba melakukan pemeriksaan.
Di bawah, kami senaraikan sebab-sebab lesen bomba pemadam api perlu diperbaharui:
1. Keselamatan
Apabila lesen bomba pada alat pemadam api tamat tempoh, ia menandakan bahawa penggunaannya tidak lagi selamat dan mungkin tidak akan berfungsi dengan cekap.
Silinder alat pemadam api mungkin sudah mengalami kerosakan, kualitinya terjejas, dan prestasi debu pemadam di dalamnya mungkin telah berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk menjalankan penyelenggaraan alat pemadam api sekurang-kurangnya sekali setahun.
2. Servis
Apabila ingin memperbaharui lesen bomba untuk pemadam api, alat tersebut perlu diservis agar ia berfungsi dengan baik.
Alat pemadam api haruslah diselenggarakan oleh penyelenggara yang bertauliah dan berdaftar bagi memastikan ia masih berfungsi.
Servis alat pemadam api biasanya melibatkan isian semula debu kering atau CO2, pemeriksaan tekanan udara, dan penukaran alat ganti.
Ada beberapa aspek keberkesanan alat pemadam api yang akan diperhatikan oleh penyelenggara dan JBPM seperti:
a. Debu Pemadam Api
Alat pemadam api perlu digantung di dinding supaya ia boleh dilihat dan senang diambil apabila kecemasan berlaku.
Oleh kerana ia berada dalam keadaan menegak untuk jangka masa yang lama, debu yang terkandung di dalamnya berada dalam keadaan statik.
Debu tersebut akan mengeras selagi alat pemadam api tidak diservis atau digunakan, lalu mengurangkan keberkesanan alam pemadam api.
b. Tekanan Udara
Selain debu pemadam api, kandungan tekanan udara juga memainkan peranan besar dalam keberkesanan alat pemadam api.
Apabila alat tersebut tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, tekanan udaranya mungkin menurun.
Hal ini demikian kerana, tekanan udara yang rendah akan memberi kesan yang negatif pada keberkesanan alat pemadam api.
Lihat lagi: Kepentingan Pemeriksaan Alat Pemadam Api di Malaysia
Pastikan Alat Pemadam Api Anda Berfungsi Bersama Palcon
Di Palcon, kami menawarkan perkhidmatan profesional berkaitan dengan pengendalian servis alat pemadam api bagi memudahkan proses pembaharuan lesen bomba.
Selain itu, kami juga menyediakan latihan keselamatan kebakaran bagi organisasi anda.
Hubungi kami jika anda mahu mengetahui dengan lanjut mengenai semua perkhidmatan keselamatan kebakaran kami tawarkan di Palcon.