­­Kilang Terbakar? Cegah dengan Sistem Keselamatan Kebakaran

Kilang terbakar merujuk kepada kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan kilang atau industri. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kegagalan peralatan, litar pintas elektrik, kebocoran bahan kimia, dan lain-lain.

Kilang yang terlibat dalam pemprosesan bahan mudah terbakar seperti minyak, gas, atau bahan kimia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kebakaran.

Contoh kejadian kilang terbakar termasuk tiga bangunan kilang di Pasir Gudang dan kebakaran kilang memproses cat di Shah Alam. Setiap insiden ini memberikan gambaran yang jelas tentang betapa kritikalnya ancaman kebakaran terhadap operasi industri serta keselamatan umum.

Faktor-Faktor Penyebab Kilang Terbakar

Kebakaran kilang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, dan memahami punca-punca ini adalah langkah penting untuk mencegah kejadian yang merugikan. Berikut adalah beberapa faktor utama yang sering menyumbang kepada kejadian kilang terbakar:

1.      Kegagalan Peralatan

Peralatan kilang yang tidak diselenggara dengan baik adalah salah satu punca utama kebakaran.

Mesin yang mengalami kehausan, kerosakan mekanikal, atau masalah litar elektrik boleh mengakibatkan litar pintas dan meningkatkan risiko kejadian kebakaran.

2.      Bahan Kimia Mudah Terbakar

Terdapat banyak kilang yang menyimpan dan menggunakan bahan kimia yang mudah terbakar seperti pelarut, gas, minyak, dan bahan bakar lain.

Penyimpanan bahan kimia yang tidak mengikut peraturan keselamatan mampu menyebabkan kilang terbakar secara spontan.

3.      Kecuaian Manusia

Kecuaian manusia sering menjadi faktor penyebab kilang terbakar. Kesalahan yang kerap berlaku termasuk merokok di kawasan larangan, meninggalkan peralatan tanpa pengawasan, atau gagal mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan untuk mengelakkan kilang terbakar.

4.      Kegagalan Sistem Keselamatan Kebakaran

Sistem keselamatan kebakaran yang tidak berfungsi dengan baik, seperti alat pengesan asap yang rosak, alat pemadam api yang luput, atau pintu kalis api yang tersekat, boleh mendatangkan bahaya.

Keadaan ini boleh menyebabkan kebakaran kecil merebak sehingga menjadi kebakaran besar.

5.      Faktor Persekitaran dan Cuaca

Persekitaran kerja yang panas, kering, dan berdebu juga salah satu faktor kebakaran.

Kilang yang terletak di kawasan yang sering mengalami cuaca panas dan kering lebih terdedah kepada kebakaran, terutamanya jika terdapat bahan mudah terbakar.

6.      Kelemahan dalam Prosedur Operasi dan Keselamatan

Prosedur operasi yang kurang lengkap, seperti kurangnya pengetahuan pekerja tentang langkah-langkah keselamatan, boleh meningkatkan risiko kilang terbakar.

Latihan yang tidak mencukupi dalam mengendalikan peralatan berbahaya turut juga menyumbang kepada bahaya ini.

Lihat Lagi: Bagaimana Cara Memadamkan Api Pada Peringkat Awal?

Keperluan Keselamatan untuk Mengelakkan Kilang Terbakar

Berikut merupakan keperluan keselamatan kebakaran untuk kilang, seperti yang ditetapkan dalam Jadual Mengenai Kehendak-kehendak bagi Sistem Pemadaman Api, Sistem Penggera Kebakaran, dan Pencahayaan Kecemasan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984:

Jenis KilangSistem Penggera KebakaranSistem Pemadaman KebakaranPencahayaan Kecemasan
Kilang Satu Tingkat  

a) Kurang daripada 750 m²


b) Melebihi 750 m²

– Tiada keperluan
   
– Hos gelung
   

– Tiada keperluan    

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Tiada keperluan

– Tiada keperluan
Kilang Reka Bentuk Terbuka (Tidak Ditutup)  

a) Kilang rangka keluli atau logam, kerja kejuruteraan atau logam atau premis dengan risiko api rendah  

b) Kilang papan    

c) Kilang keluli

– Tiada keperluan

– Hos gelung & sistem pili bomba

– Sistem pili bomba


– Tiada keperluan

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual  

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Tiada keperluan

– Tiada keperluan

– Tiada keperluan
Kilang Dua Tingkat (Setiap Tingkat Dibina Sebagai Kompartmen Berasingan Jenis Binaan Tunggal atau Teres)

a) Setiap keluasan lantai kurang daripada 500 m²

b) Setiap keluasan lantai 500 – 750 m²  

c) Setiap keluasan lantai melebihi 750 m² tetapi kurang daripada 1,000 m²    

d) Melebihi 1,000 meter persegi bagi satu keluasan lantai

– Hos gelung      

– Hos gelung

– Hos gelung

– Semburan automatik & hos gelung  



– Tiada keperluan

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Sistem pengesan api automatik & sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Sistem pengesan api automatik & sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Tiada keperluan

– Unit titik isyarat    
 
– Unit titik isyarat    
     
– Unit titik isyarat
Kilang Bertingkat (Laluan Langkah Terbuka Pembangunan Blok)  

a) 2 Tingkat dan Lebih
i) Kurang daripada 750 m² bagi satu kompartmen  
ii) 750 – 1,000 m² bagi satu kompartmen
iii) 1,000 m² tetapi kurang daripada 2,500 m² bagi satu kompartmen
iv) Kompartmen melebihi 7,000 m²



b) 3 hingga 5 Tingkat (dengan saiz kompartmen melebihi 7,000 m²)    



c) 6 Tingkat dan Lebih


– Hos gelung
– Hos gelung
– Sistem pili bomba & hos gelung
– Semburan automatik & hos gelung




– Sistem pili bomba & hos gelung

– Semburan automatik & hos gelung




– Sistem penggera kebakaran elektrik manual
– Sistem pengesan api automatik & sistem penggera kebakaran elektrik manual
– Sistem pengesan api automatik & sistem penggera kebakaran elektrik manual
– Sistem penggera kebakaran elektrik manual


– Sistem pengesan api automatik & sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual


– Unit titik isyarat
– Unit titik isyarat
– Janakuasa
– Janakuasa




– Janakuasa

– Janakuasa
Struktur Khas

a) Kompleks Kilang (Seperti b) Kompleks Kilang Kelapa Sawit, Kilang Membersih Minyak Kelapa Sawit, Kilang Gula, Kerja Simen)




b) Pemprosesan Basah      




c) Pemprosesan Berbahaya

– Sistem pili bomba & hos gelung

– Hos gelung

– Semburan automatik, sistem semburan air, sistem sanga kembangan tinggi, sistem karbon dioksida, sistem pemadam api berholagenat yang diluluskan, atau sistem pemadam api automatik lain (bergantung kepada jenis bahan yang digunakan dalam proses)
– Sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual

– Sistem penggera kebakaran elektrik manual 
– Janakuasa

– Janakuasa

– Unit titik isyarat

Lihat Lagi: Panduan Zon Keselamatan Kebakaran Di Malaysia

Keperluan Tambahan Keselamatan Kebakaran

Di bawah adalah beberapa perkara tambahan yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan keselamatan kebakaran di kilang dipertingkatkan dan mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mencegah kilang terbakar:

1.      Pencahayaan Kecemasan untuk Kilang yang Beroperasi Selepas Waktu Gelap

Kilang-kilang yang beroperasi selepas waktu gelap diwajibkan untuk menyediakan pencahayaan kecemasan.

2.      Perlindungan Kebakaran untuk Risiko atau Pemprosesan Berbahaya

Kilang yang terlibat dalam pemprosesan yang berbahaya atau menyimpan bahan-bahan berbahaya diwajibkan menyediakan perlindungan kebakaran yang mencukupi.

3.      Spesifikasi Dinding dan Pemisahan untuk Keselamatan Kebakaran

  • Dinding yang memisahkan kawasan tertentu hendaklah dibina dengan ketebalan sekurang-kurangnya 100 mm menggunakan batu pejal.
  • Jarak minimum 1 meter haruslah dipastikan antara dinding yang memisahkan tangga dan dinding yang memisahkan setiap unit di sepanjang laluan tangga.
  • Dinding yang memisahkan setiap unit dan dinding luar harus mempunyai jarak minimum sebanyak 0.5 meter sepanjang dinding tersebut.

Lihat Lagi: 6 Elemen Asas Sistem Pencegah Kebakaran di Malaysia

Cegah Kebakaran Kilang di Malaysia Bersama Palcon

Di Palcon, kami menawarkan sistem perlindungan kebakaran yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan keselamatan kebakaran bagi pelbagai jenis bangunan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang luas, kami memastikan anda akan menerima penyelesaian keselamatan yang efektif.

Jangan biarkan keselamatan kilang anda terancam oleh risiko kilang terbakar yang tidak dijangka. Hubungi pasukan kami hari ini untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda melindungi aset dan pekerja-pekerja anda daripada bahaya kilang terbakar.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.