Kepentingan Sistem Pemercik Api Dalam Bangunan Di Malaysia

Kepentingan Sistem Pemercik Api Dalam Bangunan Di Malaysia

Jika ada pembincangan tentang pencegahan kebakaran efektif, semestinya sistem pemercik api adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Lebih-lebih lagi, ia merupakan salah satu komponen penting dalam sistem keselamatan kebakaran bangunan di Malaysia.

Buat artikel kali ini, kita akan membincangkan perihal sistem pemercik api dengan teliti. Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan!

Apakah Itu Sistem Pemercik Api?

Secara ringkasnya, pemercik api adalah sistem bantu mula yang dapat mencegah kebakaran peringkat awal dengan semburan air yang bertekanan khusus. Tiga elemen utama yang wajib ada dalam sistem ini adalah:

  • Pam dan tangki air
  • Sistem paip utama dan injap kawalan (control valve)
  • Rangkaian paip agihan dan kepala pemercik (sprinkler head)

Untuk pengetahuan anda, pemercik api direka khas untuk mengesan, mengawal serta menamatkan kebakaran secara efisien. Sistem ini memberi amaran kepada penghuni bangunan dan seterusnya mengurangkan kerosakan harta benda serta kematian.

Semasa kebakaran, sistem akan bertindak balas menyembur air untuk memadam api dengan segera. Pemercik api boleh diintegrasikan dengan sistem penggera serta dihubungkan dengan sistem telekomunikasi untuk melaporkan kebakaran ke balai bomba berdekatan.

LIHAT LAGI: Memahami Keperluan BOMBA Untuk Bangunan Anda

Kepentingan Sistem Pemercik Api

Kepentingan Sistem Pemercik Api

Malaysia sangat menitikberatkan isu keselamatan kebakaran dan “tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan, memberi amaran dan memadam api” .

Perkara ini tertakluk di bawah Jadual Kesepuluh, Akta 133, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Anda boleh rujuk lampiran yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan terperinci dan mudah difahami.

Sebagai sistem keselamatan kebakaran jenis aktif, sistem pemercik berada di dalam keadaan bersedia atau ‘standby’, dan akan berfungsi secara automatik jika berlaku bencana kebakaran.

Antara kepentingan utama sistem ini adalah untuk:

Menyekat api daripada terus merebak.

Sistem pemercik dicipta untuk mengawal atau memadamkan kebakaran pada peringkat awal. Sebagai sistem keselamatan kebakaran yang cekap, ia boleh memadamkan api dengan kerosakan minimum.

Menyelamatkan nyawa penghuni bangunan.

Pemercik api mengurangkan kebarangkalian penghuni terperangkap di dalam bangunan sekiranya kebakaran berlaku. Ia menjadikan keadaan lebih mudah dan selamat untuk penghuni melakukan pengungsian bangunan.

Mengurangkan kerosakan harta benda.

Sistem pemercik boleh dianggap sebagai benteng pertahanan untuk melindungi aset anda. Ia mengurangkan kerugian akibat kebakaran dan membolehkan organisasi anda beroperasi seperti biasa selepas kebakaran.

LIHAT LAGI: 5 Risiko Kebakaran Yang Dihadapi Oleh Perniagaan Di Malaysia

Bagaimanakah Pemercik Api Berfungsi?

Bagaimanakah Pemercik Api Berfungsi

Kini, anda telah sedar mengenai kewujudan serta kepentingan sistem pemercik api di sesebuah bangunan. Namun, bagaimana pula cara ia berfungsi?

Apabila berlakunya kebakaran, sistem akan berfungsi seperti berikut:

  1. Mentol kaca (bulb) di dalam kepala pemercik mengandungi larutan gliserin cecair yang peka suhu. Ia mengesan peningkatan suhu persekitaran lalu mengembang (suhu minima 68°C) dan memecahkan mentol kaca.
  2. Selepas mentol pecah, penutup logam akan jatuh dan menyebabkan air disembur keluar. Suis aliran akan menghantar isyarat ke panel penggera dan pada masa yang sama, suis tekanan akan menggerakkan pam jockey.
  3. Pam jockey akan melaraskan perubahan tekanan air dalam paip pengedaran.
  4. Apabila tekanan berkurang, pam jockey akan berhenti, manakala pam duty akan beroperasi secara automatik.
  5. Setelah api dipadamkan, injap rama-rama akan digunakan untuk menghentikan aliran air. Pam duty pula akan dilepaskan secara manual.

Pemercik Api Berkualiti untuk Perlindungan Kebakaran Kritikal

Jelaslah bahawa sistem pemercik api merupakan satu keperluan penting untuk setiap bangunan. Di Palcon, kami menawarkan pelbagai sistem keselamatan kebakaran yang berkualiti untuk menjamin keselamatan bangunan anda.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang komprehensif untuk memastikan produk dan sistem anda berada dalam keadaan memuaskan. Layari laman web kami untuk lebih maklumat.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.