Perkembangan teknologi telah memberi laluan kepada penciptaan pelbagai jenis sistem penggera kebakaran.
Setiap sistem memiliki tujuan yang sama, iaitu untuk memberitahu orang awam tentang kebakaran di dalam bangunan dengan cara mengaktifkan sistem penggera dan membunyikan loceng penggera (alarm bell).
Proses ini bertujuan untuk mengarahkan orang awam ke lokasi yang terbuka di luar bangunan.
Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem-sistem penggera kebakaran. Ini supaya anda boleh membuat pilihan yang bijak dan sesuai bedasarkan keperluan bangunan anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang lima jenis sistem penggera yang anda boleh dapati.
Sistem Penggera Kebakaran Konvensional
Alat ini menggunakan kabel fizikal yang berhubung dengan beberapa pengesan dan titik panggilan, kemudian mengarahkan isyarat kembali ke unit kawalan utama. Sistem penggera ini sesuai bagi bangunan-bangunan yang mempunyai beberapa zon pengesanan seperti:
- Kedai-kedai kecil
- Tempat makan
- Pejabat
- Kilang
Di setiap zon pengesanan akan disediakan loceng atau penjana bunyi elektronik. Apabila pengesan atau titik panggilan manual diaktifkan, panel kawalan akan memaparkan zon yang mengandungi amaran melalui teks atau lampu penunjuk.
Ini supaya kawasan yang terlibat dapat diperiksa untuk mencari pemicu penggera.
Sistem Penggera Kebakaran Berpeta
Selain itu, jenis sistem penggera kebakaran yang sering digunakan ialah sistem berpeta atau ‘addressable fire alarm system’. Sistem ini berfungsi berdasarkan prinsip yang sama yang dibincangkan sebelum ini.
Namun, terdapat sedikit perbezaan. Perbezaan utama ialah sistem penggera ini memberikan maklumat dan status tentang pengesan individu, bukan zon seperti sistem penggera kebakaran konvensioal.
Sesuai dengan namanya, setiap pengesan diberikan alamat tetap, biasanya dengan menggunakan suis DIP supaya panel dapat memaparkan lokasi titik panggilan yang tepat.
Litar pengesanan dihubungkan sebagai satu lingkaran dan anda boleh menghubungkan sehingga 99 peranti ke setiap lingkaran. Selain itu, Modul Isolator Lingkaran (Loop Isolator Modules)sering digunakan bersama lingkaran ini.
Hal ini bagi memastikan litar pintas atau kegagalan tunggal hanya akan mengakibatkan kehilangan sebahagian kecil dari sistem dan bukan keseluruhan.
Lihat Lagi: Proses Permohonan dan Pembaharuan Sijil Perakuan Bomba
Sistem Penggera Kebakaran Pintar
Jenis sistem penggera kebakaran yang disebutkan di atas tidak dianggap sebagai “pintar”. Sistem-sistem tersebut hanya dapat memberikan isyarat keluaran yang mewakili nilai kejadian yang dikesan.
Oleh itu, unit kawalan perlu mengenal pasti pemicu kejadian sendiri, sama ada ia adalah:
- Kebakaran
- Kerosakan sistem
- Pra-amaran
- atau lain-lain
Walau bagaimanapun sistem pintar atau lebih dikenali sebagai ‘Intelligent Fire Alarm Systems’, akan secara efektif mengintegrasikan pemprosesnya ke dalam setiap pengesan. Pemproses itu akan menilai persekitaran pengesan dan memberitahu panel kawalan maklumat mengenai kejadian seperti:
- Kebakaran
- Kesilapan sistem
- Kepala pengesan (heat detector) perlu dibersihkan
Kebolehan sistem ini melakukan penilaian diatas meneyebabkan sistem pintar menjadi jauh lebih rumit dan menggabungkan lebih banyak kapasiti daripada sistem konvensional dan berpeta.
Namun begitu, terdapat varian 2, 4, dan 8-lingkaran dari sistem pintar yang memudahkan pantauan bagi bangunan besar dari satu panel sahaja.
Sistem Penggera Kebakaran Tanpa Wayar
Jenis sistem penggera seterusnya adalah sistem tanpa wayar. Sistem ini merupakan alternatif mudah kepada sistem penggera kebakaran berkabel tradisional.
Sensor dan peralatan sistem tanpa wayar dihubungkan ke pengawal melalui komunikasi radio yang selamat dan bebas lesen.
Sistem tanpa wayar mengaplikasikan konsep mudah yang menawarkan pelbagai kelebihan dan berfungsi sebagai sistem pengesanan dan pemantauan kebakaran pintar lengkap tanpa penggunaan kabel.
Lihat Lagi: 3 Punca Litar Pintas yang Menyebabkan Kebakaran di Malaysia
Pembekal Sistem Penggera Konvensional Kebakaran Yang Dipercayai di Malaysia
Palcon menyediakan perkhidmatan servis sistem penggera kebakaran konvensional kepada kilang-kilang di Selangor dan Kuala Lumpur.
Jika anda memerlukan perkhidmatan kontraktor kebakaran untuk menjalankan servis pada sistem penggera kebakaran konvensional, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.