Kepentingan Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Tempat Kerja

Kepentingan Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Tempat Kerja

Seiring dengan peredaran masa dan peningkatan kesedaran terhadap keselamatan kebakaran di tempat kerja, audit alat pemadam kebakaran kini dianggap sebagai satu kewajipan yang perlu dilaksanakan. Audit alat pemadam kebakaran merupakan tunjang utama dalam pencegahan kebakaran serta pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif.

Namun begitu, masih ada segelintir pemilik perniagaan yang memandang enteng akan kepentingan melakukan audit di tempat kerja. Hal ini agak membimbangkan kerana ia menandakan masih ada mereka yang kurang arif tentang perkara asas ini. Oleh itu, entri kali ini kami kongsikan kepentingan serta senarai semak audit alat pemadam kebakaran untuk manfaat semua.

Kepentingan menjalankan audit alat pemadam kebakaran

Audit perlu dilaksanakan untuk menguji dan memeriksa peranti kebakaran. Audit yang komprehensif dan terperinci dapat memastikan alat pemadam kebakaran berfungsi secara optimal. Hal ini seterusnya dapat menghapuskan atau mengurangkan kesan kebakaran terhadap pekerja, persekitaran serta aset di tempat kerja anda.

Objektif utama menjalankan audit:

  • Melindungi premis daripada risiko kebakaran
  • Menyelamatkan pekerja dan aset daripada bencana kebakaran
  • Memastikan premis mematuhi piawaian keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan
  • Mengesyorkan penambahbaikan alat pemadam kebakaran
  • Mengenalpasti alat pemadam kebakaran yang memerlukan penyelenggaraan

Senarai Semak Audit Alat Pemadam Kebakaran di Tempat Kerja

Demi memudahkan proses audit anda, kami senaraikan beberapa perkara yang perlu anda cakna dan titikberatkan. Berikut merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira:

Pemadam Api

Pemadam Api
  • Pastikan pemadam api yang ada bersesuaian dengan jenis kebakaran
  • Pastikan pemadam api masih dalam tempoh sah penggunaan dan mencukupi tekanannya
  • Pemadam api diperakui oleh pihak BOMBA dan mematuhi piawaian yang sewajarnya
  • Pastikan pemadam api tidak terhalang dan tidak disalahgunakan

Penggera Kebakaran

Sistem Penggera Kebakaran
  • Pastikan penggera kebakaran berfungsi dengan baik
  • Penyelenggaraan berkala dilaksanakan untuk memastikan penggera selamat digunakan
  • Sistem disambungkan ke stesen pemantauan BOMBA

Sistem Gelung Hos

Sistem Gelung Hos
  • Gelung hos berkunci dan terdapat kunci simpanan
  • Mudah untuk diakses dan mempunyai kedudukan yang jelas
  • Diuji dan diselenggara secara berkala untuk memastikan ia berfungsi dengan baik

Sistem Pemercik Api

Sistem Pemercik Api
  • Melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala
  • Pastikan sentiasa ada air dalam saluran paip sistem pemercik api

Tanda ‘Keluar’

Tanda ‘Keluar’
  • Tanda tidak ditutupi dan dapat dilihat dengan mudah
  • Tanda mempunyai lampu dan boleh dilihat dalam gelap
  • Terdapat anak panah yang menunjukkan pintu keluar yang berhampiran

Dapatkan Perkhidmatan Profesional

Jika anda tidak pasti tentang prosedur audit, dapatkan konsultasi daripada agensi pengurusan kebakaran yang bertauliah seperti Palcon. Penting untuk anda mendapatkan khidmat profesional untuk memastikan audit anda berkesan bagi menyelamatkan harta benda dan nyawa serta menjamin kesejahteraan semua.

LIHAT LAGI: 5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja dan Tips Pencegahan

Jangan Risau, Palcon Sedia Membantu

Kami mempunyai pasukan yang mahir dan berpengalaman untuk memastikan keselamatan anda. Sebagai kontraktor api yang bertauliah, kami menyediakan perkhidmatan audit keselamatan kebakaran yang selamat dan terbukti keberkesanannya.

Bukan itu sahaja, kami juga boleh membantu anda menyediakan pelan kecemasan kebakaran dan melakukan penilaian risiko kebakaran untuk premis anda. Mulakan langkah pertama untuk menangani risiko kebakaran di tempat kerja dengan mendapatkan perkhidmatan keselamatan kebakaran yang komprehensif.

Share:

Recent

We Are Here to Help

Get in touch with our experts to know more about our range of fire protection solutions.